PRAGMATIS USIM

“‘PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan”

DAHULU PERTIM KINI DIKENALI SEBAGAI PRAGMATIS


Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM dahulu lebih dikenali dengan singkatan PERTIM. Namun selepas beberapa ketika pendaftaran persatuan ini dibawah singkatan nama PERTIM tidak dapat dilaksanakan kerana telah terdapat persatuan yang menggunakan singkatan nama PERTIM ini. Ketika itu usaha untuk mewujudkan sebuah persatuan berdaftar untuk para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Iktisas telah tertangguh atas masalah berkenaan.

Namun begitu bermula pada penghujung tahun 2009 Y.Bhg. Encik Muhamad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM telah melahirkan hasrat dan idea agar dapat tertubuhnya sebuah persatuan yang mengumpulkan dan merencanakan aktiviti khusus untuk Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas.

Menerusi beberapa siri perjumpaan dan perbincangan serta sokongan padu dari Y.Bhg. Pendaftar USIM maka usaha telah digerakkan dengan aktif sehingga Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM berjaya diaktifkan dan digerakkan semula setelah melalui proses penjenamaan semula dan kini dikenali dengan singkatan nama PRAGMATIS.

PRAGMATIS kini masih berstatus jawatankuasa penaja dan digerakkan aktif dengan diterajui oleh saudara Mohd Salehudin Sukor (Penolong Pendaftar Pusat Perkembangan Strategik & Hubungan Korporat) selaku pengerusi dan saudara Zulfadhli Hamzah (Penolong Pendaftar Pusat Inovasi Pengajaran & Pembelajaran) selaku setiausaha.

Sehingga kini seramai 60 pegawai telah pun berdaftar selaku ahli meliputi pelbagai cabang perkhidmatan di USIM. Ketika ini PRAGMATIS sedang diperingkat akhir kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertububuhan (ROS) dan dijangkakan mendapat kelulusan sekitar bulan Mac 2010.

Semoga dengan penjenamaan semula dibawah PRAGMATIS ini Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM akan terus mendapat sokongan daripada para Pegawai Pengurusan & Profesional di sektor Pentadbiran & Ikhtisas agar kita dapat bersatu memacu perkembangan USIM menjadi institusi pendidikan yang tersohor dan terbilang.

LOGO PRAGMATIS

Keterangan Rekabentuk :

1. Motif logo dilambangkan dengan imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan serta perkataan PRAGMATIS di tengah-tengah bermaksud nama ringkas persatuan.

2. Imej tiga (3) individu yang berada dalam bentuk formasi bulatan ini menggambarkan sinergi, kesepakatan dan semangat kerja berpasukan diamalkan oleh ahli-ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Mlaysia 2009 (PRAGMATIS) yang juga melambangkan amalan budaya kepemimpinan, profesionalisma dan integriti yang tinggi dalam pelaksanaan tugas.

3. Secara keseluruhan logo ini menunjukkan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia 2009 (PRAGMATIS) sebagai satu Persatuan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan profesionalisma secara berterusan disamping memelihara kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli Persatuan.

Keterangan Warna :

1. Warna Biru melambangkan nilai-nilai profesionalisme dan kepimpinan ahli Persatuan.
2. Warna Merah melambangkan semangat proaktif serta jatidiri ahli Persatuan.
3. Warna kuning melambangkan kepatuhan ahli Persatuan kepada 5 prinsip Rukunegara.

MATLAMAT DAN FUNGSI PRAGMATIS


MATLAMAT

1. Mencapai persefahaman, kerjasama, kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan.

2. Menggalak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokrati.

3. Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan.

4. Memajukan bidang pentadbiran dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti.

TUGAS / FUNGSI

Tugas Utama Persatuan ialah:

1. Sebagai badan perundingan dalam hal ehwal berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli.

2. Memupuk dan melihara konsep, dasar dan matlamat Universiti Sains Islam Malaysia.

3. Sebagai satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbiran dan Ikhtisas Universiti.

4. Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan berdaftar yang sesuai dengan dasar Persatuan.

5. Membentuk kerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar Persatuan.

6. Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti.

7. Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, dan agensi jugapihak berkuasa Universiti dan lain-lain badan mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

8. Bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

9. Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal ehwal yang berkaitan dengan kepentingan ahli.

10. Menganjur, memupuk dan menggalakkan minat dalam menyuburkan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial dikalangan ahli-ahli Persatuan.

11. Menghormati pengisytiharan universal mengenai Hak Asasi Manusia.

KEAHLIAN PRAGMATIS
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia dalam kategori A:

1. Pegawai Tadbir
2. Pustakawan
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pegawai Kewangan
5. Jurutera
6. Juruukur Bahan
7. Pegawai Penerbitan
8. Pegawai Belia dan Sukan
9. Pegawai Perubatan
10. Pegawai Pergigian
11. Arkitek
12. Pegawai Psikologi
13. Juruaudit
14. Pegawai Kebudayaan
15. Pereka Grafik
16. Pegawai Sains
17. Pegawai Keselamatan
18. Pegawai Undang-Undang
19. Pengurus Asrama
20. Pengawai Penyelidik
21. Pegawai Berita
22. Pegawai Hal-Ehwal Islam
23. Jururawat
24. Pegawai Farmasi
25. Lain-lain pegawai dan kakitangan bukan dari tenaga pengajar kecuali Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Pengarah Pembangunan.

Laman web PRAGMATIS : http://pragmatisusim.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s